31 Mac 2016

31 March.. Dah nak masuk bulan April dah. Musim sejuk pun dah beransur tu sebab suhu main area belas2 dan start semalam dan sampai 20 darjah celcius (aku tak jumpa dia punya symbol kat keyboard ni) semalam.

Buat masa sekarang, ada bunga yang dah mekar, ada yang baru berputik, ada yang botak lagi. Even kat luar tingkap aku ni ada pokok bunga putih. Cherry Blossom kot (semua buunga cantik aku panggil Cherry Blossom a.k.a Sakura). Pokok dia ada batang, ranting dengan bunga je, daun takde.







Sebab suhu dah belas2, mampu dah aku nak lepak kat luar GS25 ni. Kalau tak, berangin je rasa..uuuuu~~~








Sekian, kbaii.. Gua buntu la nak tulis apa~

Tapi tiba2 teringat hari kitorang keluar makan hari tu. Sharon & Sabrina bawak kitorang makan kat ada satu restoran area2 sini jugak..nama apa dah.. First time kitorang keluar makan kat luar sama2. Selama ni, masak and makan sama2 kat dapur je.

Yang pakai snowcap tu Sabrina, yang paling kanan tu Sharon.


Yaya sibuk nak makan







Pinggan, kuali semua licin











Sabrina tu PhD student dari Bangladesh, umur kalau ikut tahun 24 tapi still duk cakap dia 23 sebab birthday di tak masuk lagi. Tunggu Julai nanti baru nak mengaku 24. Still young kan? Muda2 lagi dah ambik PhD, kitorang ni umur 22 jangan kata Master, degree pun ke laut. Walaupun si Sabrina ni cute dan babyface, dia dah kawin. 2 tahun dah and husband dia pun Bangladeshi, study kat Korea jugak, kat Daegu and PhD jugak. Tak sangka pun aku akan ada member Bangladeshi. Padahal kat Malaysia tu banyak Bangladeshi tapi kat sini jugak sangkut.

Sharon pulak dari India, Masters student and dah final year. Sebab dah final year, selalunya dia kat lab babysitting dia punya baby a.k.a bacteria. So, compare dengan Sabrina, kitorang jarang jumpa Sharon sebab dia busy dengan lab. Tapi si Sharon ni jenis meriah. Lama tak jumpa pun takde masalah. Dia tetap dengan kemeriahan dia.

So, diorang dua orang ni la unni kitorang kat sini. Take care and kalu nak masak, nak bagi ubat, nak take care kalau ada antara kitorang yang tak sihat. Yang pergi pasar sama2 pergi makan, masak, makan. Kat dorm ni, diorang ni la kakak kitorang sebab kat dorm ni ramai Chinese and kalau Chinese kat sini usually diorang tau cakap Cina ngan Korea je. Lagipun populasi Chinese kat dorm ni ramai, kitorang yang sama2 minoriti ni la saling melengkapi~

Kadang2 aku terfikir, nak balik Malaysia bulan 6 nanti nangis aku ni....nak tinggalkan dak2 KKN yang duk sama2 2 minggu tu pun berkaca mata gua. Hati tisu jugak seh gua!

Comments

Popular posts from this blog

Temu Duga Penerbit Rancangan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tahun 2018

Kelih dialek Ganu nga Klate jak..

Budu Cap Ketereh