Discover Pasar dan Strawberi Sedap!

Hari ni flow dia slow sikit daripada hari-hari biasa. Banyak duk dalam bilik.. Tapi keluar la kejap tadi nak cari pasar yang Mido cakap semalam. Harap tak salah direction lagi.... Hahaha. Mati la nak kalau salah jalan lagi. Lagipun aku keluar berdua je dengan Yaya hari ni.

Jalan yang Mido tunjuk hari ni, sememangnya jalan yang benar. Kitorang memang jumpa pasar tu. Dia takde la besar, tapi cukup untuk membuat kitorang teruja. Barang lebih murah.. Strawberi tu paling best!
Dan juga kitorang jumpa Asian Mart yang Kak Nana cakap tu. Memang dalam tu ada barang2 makanan dari negara2 macam Indonesia, Thailand, Malaysia pun kot.. Aku tak sempat nak discover betul2.

Kalau kedai ni besar memang best

Bear brand!!

Pasar yang aku cakap tu. Boleh beli sayur masak.


Strawberi. 3,000 Won satu a.k.a RM10. Banyak tu. Semua manis dan sedap! Swear it !

28,000 Won. Huhh! Style aku sangat ni.

Mira'e Women Hospital. Macam ancient castle dalam bandar moden.

Our lunch! Kimbab and Kimchi. Strawberi tu untuk photoshot je

Muka aku yang aneh dengan senyuman tak ikhlas. Asal gua tengok lain..
Selalunya strawberi, kalau kat Malaysia sangat exclusive. Kecuali kau pegi Cameron. Tu pun belum tentu dapat yang sedap. Kadang ada yang masak, ada yang tak, ada yang dah buruk, ada yang dah masam dalam satu bekas. Nak dapat yang perfect mahal aa. Ni, RM 10 untuk strawberry yang perfect. Memang aku suka aa!!
Muka aku dah tak flawless sekarang. Dahi tak Licin! Hmphh! (lari topik jap)

Jadual kelas aku. Heaven je.

Jemput tengok.

Baru aku tau KBS World ada live kat Youtube..
Memang akan jadi channel fevret aku la ni. Aku yang kat Malaysia tak layan drama Korea dan hanya layan lagu tanpa mengenali detail kumpulan K-Pop kena sentiasa berdamping dengan benda2 alah tu kat sini. Tu la caranya aku nak melazimkan diri dengan Korean language.

Pukul 9.50 ni aku nak layan drama Descendents of the Sun. Diorang yang kat chat box tu cakap citer tu best. Most of them duk tunggu citer tu aa and tengok iklan dia pun macam best. Tengok tu then tido.. Esok kelas gua pukul 9. First class begins!!!!

P/s: JPA kredit Khamis lepas kat bank, esok dah Khamis, bila bank nak kredit duit JPA dalam akaun student?

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Temu Duga Penerbit Rancangan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tahun 2018

Kelih dialek Ganu nga Klate jak..

Budu Cap Ketereh