Posts

Showing posts from October, 2018

Keputusan Temu Duga Penerbit Rancangan B41 (calon simpanan)

Image
Assalamualaikum and hai gais, Jumaat lepas (19 Oktober 2018) aku dapat emel dari bahagian pengambilan SPA and guess what? Result keluar awal. Patutnya keluar 29 Oktober 2018 (esok) keluar result iv untuk B41. Keputusannya? Definisi sebenar 'tergantung sepi'. Digantung namun tak bertali. Kohkohkoh. Bagi jawatan Penerbit Rancangan B41 ni, dia nak pakai 17 orang je, 60 lagi calon simpanan. Jumlah ni dipilih daripada 358 orang yang dipanggil temu duga dan jumlah itu telah ditapis daripada 29,684 orang yang memohon untuk jawatan ni. Tidakkah aku patut rasa bersyukur? Aku grad pun belum lagi masa interview ni. Pegi setelkan semua stage tapisan masa tengah study kat UM lagi. Skip kelas pegi ujian bakat (tapi aku bagi la copy emel SPA kat lecturer cakap tak pi). Masa dapat result ni aku tak tahu nak happy ke tak. Dia cam, "Oo.. Dapat simpanan ek?. Simpanan kan. Faham-fahamlah. Tak tahu bila dipanggil atau sempat dipanggil atau tidak. #sisredho Dua minggu sebelum resu

Temu Duga Penerbit Rancangan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tahun 2018

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera gais Haluuuu..  Kali ni tajuk panjang dan kata ganti nama pertama aku nak ubah sikit. Hahahha. Selalu guna 'aku' sebagai kata ganti nama. Hari ni nak tukar. Bukan nak guna 'I', 'sayang', 'darling' atau 'baby', tapi, nak guna kata ganti nama diri pertama 'saya'. Okay. Izinkan aku fake dan sedikit skema dalam p enulisan kali ini. Hahaha. Bukan apa, entri kali ni bersifat sedikit ilmiah (ke?) dan mungkin akan dibaca juga oleh mereka yang lebih berusia dari aku, so, tak elok rasanya nak guna 'aku'(Selalu target pembaca adalah golongan kanak-kanak macam aku. Kali ni lain sikit). Oh ya.. Entri kali ni juga agak panjang, sebab kalau boleh nak kupas semua benda (yang sesuai dibincangkan) dengan harapan, ini dapat membantu mereka di luar sana. Kata ganti nama diri pertama 'saya' bermula in 3......2......1. Baiklah. Saya harap, mereka yang Google kata kunci seperti "temu duga S