Masa payung gambar hari tu kan aku ada cakap yang dorm yang macam hotel, yang ada jamban banyak button tu dorm sementara je kan untuk 3 hari. Nah! Hari ni kitorang kena pindah masuk dorm baru. Yang ni dorm sebenar sampai habis sem, bilik sebenar, kad sebenar dan segala galanya benar. Tiada yang lebih benar daripada yang benar benar belaka dan itulah yang sebenar-benarnya yang dibenarkan oleh Yang Benar yang membenarkan kebenaran. Kebenaran tak pernah kalah *gaya Papa Zola*
Hari ni salji turun lagi dengan suhu majoriti -ve. Sekarang ni, -6 darjah. Wehh! Tak terasa sebab bilik ni selesa sangat. Heater function!
Ni masuk cerita dorm aku. Sila usha sekali.. Haa.. Jemput..
|
Dapur. Boleh masak! Tanpa curi-curi. |
|
Area dapur tu lagi |
|
Lagi-lagi dapur. |
Yang bagusnya, dapur ni hak milik umum. Sesiapa je penghuni boleh masak, Peti ais yang sebesar alam tu pun penuh dengan barang. Tapi best la. Kat sini la boleh mingle. Kau try aku punya, aku try kau punya. Makanan! Masuk dapur pun dah tegur2, say hi and borak ringan2. Boleh make friends dah kat situ.
|
Koridor |
|
Laundry room. Mesin basuh sebesar alam. |
|
buat cover tangan bau belacan |
Dorm ni, dia punya shower room, perghhhh! Takde kat Malaysia beb. Takde..
|
Kawasan sekitar dorm |
Cantikkan dengan snow bagai? Kitorang tarik luggage dalam snow yang turun, dengan angin yang sejuk. Jalan pulak bersalji dan berais. Dalam tempoh semalam beberapa kali jugak aa licin sebab snow yang cair membeku jadi ais dan crack. Sumpah besar bagi aku nikmat ni. Dapat rasa salji yang power camni.
|
Surat Khabar CBNU. Tak paham~ |
Sebelum ke OIS, aku dengan Mas sakan berphotoshot. Konon nak cari gambar cantik.. Nantikan ada poster utk exchange student tertampal kat dinding jabatan, dinding fakulti bagai. Kitorang aim gambar utk tu aa.. Motif sangat. Dan hari ni aku nampak sangat gemuk!!
|
Datang Korea terus obes |
Dah lama dah aku berangan kalau jumpa salji nak buat camni.. Hahahaha!
Wishlist checked!
|
Rang de tum hai gerua.. |
|
Kau ingat kau Kajol? |
|
Semangat kolej ! Nine college power team! |
Masa nak pergi bilik untuk sesi penerangan, dan jumpa buddies kat OIS (macam ISC kat UM aa), jumpa benda ni. CBNU Lounge. Tak tau la untuk staf ke student tapi aku ngan Mas main terjah je. Mas was-was jugak. Aku yang konfiden lebih. Ada mesin kopi tu, kitorang nak buat kopi la konon, nak try rasa camne, mesin kopi tu dalam hangul 100%. Memang kitorang tak faham aa.. Pastu main gamble tekan je suis. Keluar2 air kopi pahit~
Cantik camtu.. Memang menarik minat aku aa untuk discover.
|
Taklimat ringkas tentang apa yang kena buat and jumpa buddies masing-masing. |
Buddy aku lelaki. Han Ji Su nama dia dari Fakulti Business and final year. Umur 24 sebab lahir tahun 1992 tapi kalau ikut Korean Age 25 and aku 23 la kalau camtu. Dia pernah kerja kat Saudi Arabia 5 bulan, so dia tahu la macamana muslim. Tak makan pork and drink. Nanti-nanti la aku payung gambar aku ngan buddy aku. Mula2 jumpa takkan la nak ajak selfie.
Setelkan hal alien card, bukak account bank, pendaftaran, bayar yuran dorm, daftar subjek semua dengan dia. Memang kena ada guidence buddy sebab kalau tak memang susah. Everything in Korean. Takde english kecuali masa nak keluarkan duit kat ATM. And ATM dia boleh pakai buku bank tu. Macam kita punya ATM card. So, tak buat card pun takpe.
|
Buku bank aku. |
Selain itu, kitorang juga dapat sim card free. So, boleh guna nombor Korea la kat sini. Nak call, langgan data semua senang. Its F.O.C.
|
Call me maybe? Hahaha. Biar habis kredit kau. |
Tadi aku payung gambar dorm kat luar bilik je. Lupa nak payung yang dalam bilik. Nah sis umbrella..
|
Ni meja study ke meja makan? Beras tu win! |
|
Katil tak kemas lagi |
|
Ala-ala KK12 jugak susun atur dia. |
|
heater bilik |
|
Kipas dan air cond yang blur |
|
Koleksi hot pack |
|
Koleksi minuman. Teh, white coffee, chocolate |
|
koleksi ubat. First aid drawer. |
|
Haa.. dah kemas la jugak... |
|
Almari pakaian |
|
Cermin untuk picit blachead |
Aku suka locker2 dan almari dia sebab banyak ruang untuk simpan barang.
Aduhhhh..aku tengah kempunan kimchi dengan kimbab ni memandangkan semalam aku breakfast dengan meggi and dinner dengan jajan. Katanya nak keluar pukul 1 nanti diorang ni. Chef kitorang, si Mas pulak dah demam.
Comments
Post a Comment