Hari ni takde kelas lagi dan hari ni merupakan Independent Movement Day di Korea. Public holiday. So, tengah hari kitorang brunch nasi dengan sardin serta sambal ikan bilis nenek Mas yang power! Power giler! Sekali makan ketagih walau pedas dia.....MasyaAllah! Ni kira rasmi dapur aa.
Lepas makan, kitorang keluar.
|
Yang melazatkan makanan mestilah sardin Adabi !! |
Kemon la.. Adabi sponsor Yaya kot. Kalau sponsor Yaya, pakej dia kitorang skali la.
|
Hari ni dah tak turun salji. Panas terik tapi suhu masih lagi -ve. Paling rendah -10. Paling tinggi 2 darjah celcius. |
|
yang kiri tu, Mas kata kedai dia. Kedai jual makanan Mexico. Nanti jumpa kedai aku pulak lepas ni. |
|
Baju hari ni ada bolu-bolu. Style sikit. |
|
Halal restoran. Best taste of India |
|
Buddy aku cakap, ni maknanya ada diskaun utk student CBNU untuk certain barang kot. |
|
Pelbagai jenis lens. |
Cantik jugak tengok lens colour2 ni, tapi aku tak terasa teringin nak pakai. Mungkin sebab aku dah pakai lens colour2 masa zaman form 5 dulu. Tu yang buat aku tak minat dah sekarang. Zaman tu dah berlalu. Zaman baru nak up aku.
Masuk Nature Republic, memang aku tumpu kat yang berkait ngan Exo je. Exo kan duta produk Nature Republic and Luhan is still there.
|
Yang ni update punya sebab ada 9 je. |
|
Macam familiar je aku tengok benda ni. Tiba2 teringat ni macam Aziah punya. Selalu la tengok dalam bilik dulu. |
|
Akhirnya. Jumpa jugak Daiso! |
Btw, patut la tak jumpa Daiso hari tu, Mido salah tunjuk jalan~ 30 minit tau kitorang jalan tak jumpa2. Campur ngan patah balik, sejam aa dan lebih.
Lepas borong kat Daiso, balik aa.. On the way tu, jumpa pulak kedai aku. Haaa.. tadi kedai Mas jual makanan Mexico. Tengok kedai aku jual apa pulak.
|
Hahaha. Aku sebenarnya saudagar beer and haf. Hahaha. terbongkarlah! |
OK. Lets see aku beli apa...
|
Sebab aku suka plastik 7-E dia. |
|
Jajan. Botol air tu bukan.. |
|
Beli ni sebab kulit aku terlalu kering and pakai ni terasa lembut kulit akak. Baru sehari ! |
|
Jalan nak pergi Daiso, then sangkut kat baju 5,000 Won ni. |
|
Barang-barang Daiso aku. Hambik kau |
|
Bil dia... |
Malam, kitorang masak lagi. Chef pun kemain. Lepas okay demam, terus nak buat lontong.
|
Ape ni Ya... Tak nampak Adabi.. |
Kali ni kitorang makan bertujuh dengan student dari India dan Bangladesh. Tapi yang Bangladeshi ni putih dan cantik. Takde la macam yang kat Malaysia... Tapi dah kahwin. Ohh! And tadi ada borak kejap dengan student dari Uzbekistan. Dia memang betul2 cantik ! Kitorang amazed jap. Best aa borak and makan skali ngan diorang. Kitorang pun dapat rasa Chicken Curry dari India. Bila bercakap pasal kat Malaysia ni ada Chinese and Indian, one of them said, "Malaysia Truly Asia".. Haha. Betul la tu!
Nanti la aku payung gambar member-member international aku ehh. Ngantuk ni.
P/s:
|
Dah bukak dah! |
Kalau aku takde kat sini, konfem aku apply untuk jadi PM lagi next MHS! Jadi PM best kot!
Tapi bila aku pikir balik, kalau aku tak join SEP ni, flow hidup aku akan sama macam first year dulu. Pergi kelas, lepak, rempit, join teater, join Feseni, pergi semua kem PM, jadi PM.. Roughly nampak sama flow dia. Tapi bila aku join SEP (student exchange programme) ni, semua dah berubah. Aku kena lepaskan banyak benda. Sebab tu sebelum terima Exchange ke CBNU ni aku ada tanya beberapa orang member aku, berbaloi tak aku lepaskan semua yang aku ada kat UM untuk exchange. All of them cakap berbaloi and its really worth.
Tapi, untuk mendapatkan sesuatu yang baru, kau harus melepaskan sesuatu yang dalam genggaman kau. So, aku lepaskan semuanya. Tapi some of them tetap datang kat aku~
Comments
Post a Comment