Bajet trip to Seoul....bajet2 pun banyak jugak la duit aku yang terbang.
Asal plan ni, aku pakat dengan si Ayuni sebab dia mengidam nak makan daging dan ayam kat Itaewon. Memang kat situ je tempat yang dipercayai memandangkan kat sana banyak restoran halal due to Islam community who lived there. So, bla bla bla bla... Tarikh ditentukan untuk blah ke Seoul ialah 19 Mac 2016. Ayuni akan bertolak dari Gongju sebab dia kat Gongju University dan aku bertolak dari Cheongju sebab aku kat Chungbuk National University. So, jumpa kat Seoul baby!!
|
Fon yang dipinjamkan oleh CBNU sebab Korean number aku tak berfungsi dgn Oppo aku. |
|
Olleh Sky Phone. |
|
Barang2 yang aku bawak pergi Seoul. Banyak ke? |
|
Satu botol jamban, satu botol minum. Tertukar ni habis la aku.. |
|
Bendera Malaysia, bendera Kelantan, Mafla Nine College. |
|
Trip bajet kan.. Lapar makan roti. Minum air kosong.. Konon la.. |
|
Passport dengan glove, last2 aku tinggal jugak. |
|
Penjagaan kebersihan muka dan gigi. |
Pagi2 buta lagi aku mandi, siap2, breakfast dengan apple and blah dalam pukul 7 am.
|
God morning! |
|
Hari ni kite pakai baju bolu-bolu. |
Punya la sejuk ya ampun pagi tu.. Bernafas pun keluar wap. Nak naik bas takut dia bawak pergi lain memandangkan ni kali pertama akak nak pergi bas terminal. So, naik la teksi. Tambang dalam 3,200 won kalau naik dari bus stop yang lalu pagar belakang BTL and dekat Dong Yong Kwan dormitory (yang kalau lalu keluar kut GS25). Perjalanan 5 minit je pun. Bukannya jauh sebenarnya.
|
Dah sampai pun bus terminal. |
|
Antara nombor bas yang lalu sini. Bak kata Ju Hee memang hampir semua bas lalu sini. |
|
Ni nama stesen dia. Yang merah tu. |
|
Ada mak cik jual bunga |
Nak beli tiket, tapi kat mana doe? Ada vending machine untuk beli tiket tapi takde pilihan dalam English. Hadoii.. So, benda cliche nya, pergi beli kat kaunter aa.. Aku just cakap, "Seoul, hana" and yang jaga kaunter tu tanya balik, "Seoul nambu?" aku ingatkan maksud dia, "Satu tiket ke Seoul?". Aku pun angguk je la. Rupanya tu nama terminal bas kat sana. Okay~
|
Tiket one way 7,900 won. |
Bas dia akan gerak setiap 10 minit. On time! Aku suka betul duk sini. Everything tepat masa.
Bas dia jauh giler jarak antara kerusi. Paling jauh antara bas yang aku pernah naik setakat ni.
|
Sebab takut pompuan tu nampak and ingat aku ambik gambar dia, sorok2 sikit nak snap. |
Keadaan kat luar masa atas highway nak pergi Seoul tu berkabus habis. Kalau kabus camni ok la.. Kat Malaysia dulu jerebu. Rupa sama je.. Kelabu je. Daripada kelabu, terus jadi gelap dan hitam pekat sebab aku tutup mata nak tido.
Lebih kurang sejam setengah kemudian, aku sampai kat Seoul Nambu bus terminal. Masa aku mencari jalan nak ke subway, tiba2 aku disapa, "Salam!" aku toleh ke kanan. Dari situ aku kenal dengan foreigner dari Kenya. Maro namanya. Dia tunjukkan aku enterence ke subway. Masa aku kat subway tu, ntah dari mana dapat wifi, si Ayuni Whatsapp aku cakap tiket bas dia lamabt so dia sampai Seoul dalam pukul 12.
Merujuk kepada perkara di atas, aku putuskan untuk ke Olympic Park untuk menyambung misi kumpul stamp dan meniru Kina di
Olympic Park dulu. Daripada Seoul Nambu Terminal, aku straight pergi Ogeum Station dan tukar subway line 5 pergi station Olympic Park. Di sini aku sudah mengingkari petunjuk dari Kina.
OLYMPIC PARK
Sampai je sana, aku aneh sebab kenapa pompuan2 ni ambik gambar board iklan yang ada gambar Chanyeol dan Xiumin.
Lagi aku aneh bila keluar dari subway tengok peniaga2 kecil kecilan duk jual barang2 Exo. Macam2 la ada.
Masuk ke kawasan park baru aku paham. Exo buat concert kat Olympic Gymnastic Arena.
|
I'm so close with Exo but I don't think its free. Then I won't go. |
|
Arca ni sangat menepati bentuk sebenar. U know what I mean.. Sebab tu aku tutup. Nak tengok pergi tengok sendiri. |
|
World Peace apa ntah. I'll be there soon. |
Sebab aku pergi antara musim sejuk dan musim bunga, so takde la cantik sangat pemandangan. Rumput pun mati, Pokok pun takde daun. Botak ching ching je.
|
Sejenis tapak arkeologi |
|
Jalan2 dah sampai dekat UM. Haha. Ada Menara TM kat sini. |
|
The Alone Me and The Alone Tree |
Setelah 41 kg gambar dan 25 kgaku ambik kat Olympic Park. Aku dah lost tak tau nak gi mana. Penat pusing satu park ni. Menyesal aku pilih destinasi ni dulu. Nak makan takleh. Kena tunggu si Yuni sebab dah janji nak makan sekali. So, bagi mengisi masa lapang yang ada.. Aku putuskan nak pergi Lotte World.
Sebenarnya kan, kalau kau naik subway line nombor 8, kau boleh jugak turun kat stesen Mongchontoseong (ni la maksud Kina "turun satu stesen sebelum Jamsil") kalau turun situ, terus ke World Peace Gate yang banyak bendera tu.
Ok sambung... daripada stesen Mongchontoseong aku naik subway ke Jamsil. Haa.. Turun situ la.. Situ boleh tembus Lotte Mall terus.
LOTTE WORLD
Menyedari, nak masuk Lotte World tu, hancur la bajet akak so, akak pun pergi ambik gambar kat luar Lotte World tu. Jadi la wehhh.. Asal ada bukti aku dah pegi sana jadi aa.. "Aku dah pergi Lotte World, kau hado?" Masuk tak masuk tu belakang cerita bhai..
|
Terbalik pulak |
Belum pape aku dah pisang. Duk tunggu Yuni entah bila dia siap interview dia tu sebab janji nak jumpa kat Itaewon and makan. Jadi aku putuskan nak pergi Itaewon je la. Dari Jamsil Station, pergi ke Sindang station then tukar line 6 untuk ke Itaewon. Tapi bila tengok subway map tu, aku macam... " Dongdaemun History and Culture Park? Cam best je..". Maka aku pun menyimpang dari jalan yang lurus. Maka aku pun turun la kat Dongdaemun History and Culture Park Station.
DONGDAEMUN HISTORY AND CULTURE PARK
Aku imagine tempat ni ada performance ke, rumah-rumah tradiosional ke, tempat2 cantik untuk aku ambik gambar ke... Tapi....
Aku tak nampak pun tang mana dia punya culture ngan history tu. Mungkin dalam bangunan2 yang aneh tu kot sebab dia ada macam2 cuma aku je tak masuk. Kang masuk menapak kat situ berejam pulak. So, jalan punya jalan, jumpa la street market. Haaa.. Aku suka betul street market. Tak beli pape pun. Untuk cuci mata je.
Masa aku tengah syok cuci mata kat Dongdaemun Market, Tiba2 phone aku vibrate, "Weh! Ada orang call.."
Si Ayuni call aku,
"Weh! Kau kat mana? Aku Whatsapp kau tak seen langsung. Aku call kau berapa kali tak dapat. Aku dah kat Itaewon ni. Kau kat mana. Cepat la aku lapar.."
Terus kena ngan Ayuni. Haha. Kebetulan masa aku tengah cakap ngan Ayuni, aku nampak board arah ke Sindang Station. So, dari situ aku ambik subway line 6 ke Itaewon.
ITAEWON
Itaewon makes me feel like home. Bukan home yang sesama Melayu tapi home sesama muslim. Boleh jumpa ramai muslim kat sana and yang femes of course la Seoul Central Mosque kat Itaewon. Kalau dari enterence 3 Itaewon subway station tu, pergi straight je, kat simpang pertama lepas orang jual aiskrim and kebab Turki tu, belok kanan. Straight je, akan jumpa simpang pertama. Straight lagi. Jumpa simpang kedua baru belok kiri. Then stright je naik bukit and keep looking at the left. The entrence is there. Kat jalan tu banyak restoran halal dan muslim community. Bila kau kat negara orang dan bukan negara Islam, tempat2 macam ni la buat kau feel like home. Its wonderful !
Kat Itaewon jugak kitorang terserempak dengan brader2 ni.
Gambar tu aku mintak thru Ig and tak leh nak download. Make it simple, aku just screenshot. As you can see, kitorang cakap Kelantan. Haaaa.. memey sebab jupo ore Klate. Sek2 kito. Diorang dari Nami Island dan mencari masjid kat Itaewon. Diorang jumpa Ayuni dulu masa Ayuni tengah menapak tunggu aku kat depan enterence 3 yang depan police station tu.. Lepas tu, kitorang pergi makan sama2 kat restoran apa ntah. Aku lupa nak ambik gambar tapi dia depan sikit daripada masjid. Owner dia Indonesian and belah kanan. Enterence masjid tu, straight je. Puas hati makan walau 10,000 won (standart harga halal food)
Lagi sedap makan bila orang belanja! Hahaha. Makanan aku dan Ayuni diorang bayarkan! Ya Allah.. rezeki betul. Moga Allah murahkan rezeki brader2 nih.
Kami berpisah di masjid. Lepas solat, nak pergi kat depan masjid ambik gambar, boleh pulak jumpa si Muiz. Aku tak cam, dia yang mula2 tegur, "Ariey?"
and aku berkerut tengok dia, "Muiz?..... Macamana kau boleh ada kat sini!"
Aku pelik sebab macam baru tengok gambar dia selfie and still kat KL. Rupanya dia datang bercuti dengan family kat Korea 5 hari.
|
Bahagian dalam Masjid Itaewon |
|
Tangga untuk ke bahagian solat wanita |
Untuk ke bahagian solat wanita, sis-sis semua kena naik tangga belah tepi sebab ruang solat wanita di bahagian atas.
|
I run into Muiz in front of the mosque. |
|
Gelapnya! |
|
Ok dah terang. Siap ada tarikh lagi haa.. |
Sekitar jalan ke Itaewon.
|
Katanya femes restoran ni, tapi kitorang tak sempat singgah. |
Kitorang singgah beli aiskrim Turki kat simpang jalan nak pergi masjid tu. Kena troll ngan abang Turki ni. Hahaha. Tau je dia cakap Melayu. "Apa khabar," "saya sayang kamu," tu antara ayat dia. And aku paham dia bukan confess even dia cakap saya sayang kamu.
|
Kitorang mark kedai ni sebab barang dia nampak murah. |
Even Itaewon ni terkenal dengan komuniti Islamnya, jangan lupa yang this is still Korea. Bar, club, pub semua pun banyak jugak. Jalan and tengok sendiri. Kalau kau jejak kat Itaewon awal pagi dalam pukul 5 pagi atau 6 pagi. Dia punya sampah, orang mabuk, orang kissing bagai and aku like "woww..." masa mula2 tengok. Kitorang sampai Itaewon awal sebab nak pergi masjid untuk solat subuh.
Lepas solat jamak Maghrib dan Isyak, aku ngan Yuni pusing Itaewon sikit dan terus grak ke Myeongdong. Oh! I love Myeongdong!! Kitorang naik subway dari Itaewon, tukar ke line 4 dia Samgakji station dan naik subway line 6 ke Myeongdong. Senang je nak gerak pakai subway kat Seoul ni selagi kau ada peta dia.
MYEONGDONG
Orang cakap Myeongdong best! Streets food, flea market, street market dan menepati motif trip bajet yang ingin menjauhi mall2. Dan motif aku ke Myeongdong jugak nak cari aiskrim green tea tinggi yang Iyzira post kat insta sehari sebelum hari kejadian. Meriah der Myongdong membuatkan aku banyak ambik video. Banyak juga jumpa orang Malaysia kat sana. Kalau jumpa orang Malaysia tu, walaupun tak pernah kenal, bila tahu Malaysia je terus jadi macam childhood friend.
|
Orange juice yang diperah dari oren of course. Takkan pisang pulak. |
|
Crepe. Sabar je aku |
Aku boleh je handle perasaan aku kalau benda yang melibatkan pakaian dan kasut tapi tidak makanan! Aku rasa nak try semua. Oh! and lagi satu, benda2 yang cute! Ahhhh.. sis kenot!! Ada sweater cute kat Myeongdong 20,000 won satu! Kalau bukan sebab Ayuni tarik aku awal2 memang aku angkat satu. Hood dia ada telingaaaaa~~
|
Kedai yang sesuai utk cari barang yang rare dan cute. |
|
Macam roti canai rupa dia. |
|
Wishlist complete! This is for 2,000 won! |
Setel hari yang pertama, stay tuned untuk cerita hari kedua. Sis nak gi kelas. Babai~
p/s: Ohhh.. Aku masih takleh move on dengan sweater comel tu!
Ya chingu !! Jinjaa mianhaeyo !!
ReplyDeleteI just come across to see this post during my pishang night before Dr Bala paper. Auchhh, i miss Korea like crazy T.T ~~
ohh btw , berani kau mengingkari petunjuk aku tuu. baik jumpa jalan kebenaran tauuuu :*
Delete