Bajet Trip to Seoul Day 2

Bajet Trip to Seoul Day 2 adalah sambungan kepada Bajet Trip to Seoul Day 1.

Merujuk kepada cerita episod pertama, kami datang ke Seoul, kami adalah exchange student dari Universiti Malaya dan memang berada di Korea Selatan untuk 1 semester pengajian. Jadi, aku dengan kawan aku bertolak daripada universiti masing-masing di Cheongju (Chungbuk National University) dan Gongju (Gongju University).

Ok. Masuk hari kedua. Macam apa yang aku cerita sebelum ni, pagi-pagi lagi kitorang gerak ke Itaewon untuk solat Subuh. Lepas recharge diri kat masjid, pukul 9 perjalanan diteruskan ke wishlist si Ayuni, datang Korea ni dia paling nak pergi tempat ni, Woolim Entertainment.

WOOLIM ENTERTAINMENT

Ayuni ni die hard fan Infinite, dia memang nak sangat pergi Woolim ni walaupun.....takde pape pun sebenarnya kat sana. Hahaha. Tapi, ye la..fans.. you know.. Kita nampak lain, dia nampak lain. Untuk ke Woolim Entertainment, kami gerak dari Itaewon subway station ke Mapo-gu Office Station. Masih lagi di Line 6. Keluar ikut exit 3. Belok kanan, lepas tu straight sampai nampak Hanbok Store. Sampai nampak.. Tak nampak jalan lagi. Sebelah Hanbok Store ada construction building (masa kitorang pergi ni) and lepas tu ada lorong kecik. Masuk lorong tu nampak restoran NIT Kitchen belah kanan korang. Straight lagi, lepas tu nampak NIT Coffee. Haaaa... Depan NIT Coffee tu la Woolim Entertainment. Kalau rasa korang power try la masuk. Mana tau sangkut dapat jadi artis KPop.
Tempat dia tersorok sikit memang kena rujuk peta kalau nak pergi sana.. Rajinkan la diri Google macam si Yuni.

Gigih si Yuni baca peta





NIT Ktchen ngan NIT Cafe tu katanya kafe Infinite. Haha. Ayuni la yang cakap. Aku tak tahu. Singgah la breakfast situ. Order latte dan makan kebab yang beli kat Itaewon semalam.


 



Setelah selesai melepak kat NIT Cafe dekat sejam, kitorang gerak ke World Cup Stadium.

SEOUL WORLD CUP STADIUM

Dari Woolim Entertainment nak ke World Cup Stadium sebenarnya kalau naik subway, just satu station forward je dari Mapo-gu Office Station. Tapi, seems nampak dekat, kitorang jalan jela. bila jalan baru sedar yang tak dekat. Fuhhh...













World Cup Stadium setel. Next, let's go to Insa-dong!

INSA-DONG

Dari  World Cup Stadium Station di Subway Line 6, kitorang nak ke Anguk Station kat line 3. So, kitorang tukar line kat Yeonsinnae Station dari line 6 ke line 3.

Insa-Dong satu lagi flea market, street market dan ada jugak street performance. Salah satu tempat tumpuan pelancong and sesetengah kedai, even kat Itaewon, Myeongdong and Insa-Dong, ada je diorang ni yang pandai cakap melayu. Adakah ini menunjukkan yang orang Malaysia ni kaki melancong dan sering datang Korea?



Satu kedai ni macam2 jenis beg semua 10,000 Won.

Aku suka yang corak rumah kat tengah ni. Tapi warna yang belakang yang navy blue tu.











Setakat tu je la akak payung gambar kat Insa-Dong sebab akak nak cuci mata. Haa!! Kat sini jugak aku jumpa Cats Cafe. Cafe yang ada kucing comel comel tu... Ajak Ayuni tapi dia cakap kat Malaysia pun ada.. Ha'a. The Meowning Cafe. Wishlist aku bila balik Malaysia.

Tanpa mambuang masa walaupun masa dah actually terbuang mencari enterence subway, kami bergerak ke tempat wishlist aku pulak. Gwanghwamun Square!!

 GWANGHWAMUN SQUARE

Aku wishlist betul tempat ni sebab nak ambik gambar dengan King Sejong's Statue!!!! Aaaaa!!!!

I CAN'T BELIEVE THIS!!!!!!






And the Gwanghwamun Gate. Kalau masuk dalam ni, ibarat kau merentas masa dari zaman moden terus ke Seoul di zaman dinasti. Ayuni dah masuk dalam tu. Dia beli tiket combo 10,000 won untuk masuk ke 4 istana.










Yi Sun Sin Admiral statue! Kamera aku ni gambar gelap la. Ceh! Google la untuk gambar2 yang lebih cun. I ols tak mampu payung.




Puas hati aku dapat jejak and ambik gambar dengan Kind Sejong ngan Laksamana Yan Yi Sun. Aku tau tempat ni masa tengok Exo Showtime tahun 2013 ke 2014 dulu. Dah lama dah. Sampai Korea je memang aku aim untuk ke tempat ni.

Masih ada lagi 2 tempat kalau ikut tentatif kitorang, Idae (Ehwa Women University Station) dan Yeouido Park. 

 IDAE (EHWA WOMEN UNIVERSITY STATION)

Nak ke Idae ni just turun kat Ehwa Women University Station je and Idae (이대) tu sendiri pun merupakan akronim daripada perkataan Ehwa Daehagyo yang bermaksud University of Ehwa. Lagi satu street market dan kat sini pun barang murah2 kalau kau pandai cari.. Dari subway station, keluar je ke mana-mana exit yang tulis Ehwa Women University sebab konfirm tembus kat street market. Market tu betul2 depan pagar Idae tu kot.

 

Ingat tak masa nak gerak, aku bawak roti untuk makan time lapar tu, tak tersentuh pun. Aku makan masa lepas balik dari Olympic Park je 3 keping. Selebihnya? Siapa sangka roti aku tu rupanya rezeki burung2 merpati kat Idae.











Kat bawah ni, ada satu kedai kasut kat Idae ni, semua 10,000 won je. Boot ke hape ke, satu kedai tu.











Sayang kitorang takleh round kaw-kaw kat Idae ni sebab kawasan dia yang luas dan kitorang nak kena pergi Youido Park lagi and nak balik lagi. Dah la masing2 kena sampai dorm sebelum pukul 12.30 dan pukul 1 am. So, daripada Idae, last destination, Youido Hangang Park.

Merujuk kepada Subway Map yang ada, dari Idae kitorang kena tukar subway kat Dangsan Station untuk ke Youido Station dan turun situ untuk ke park.

YOUIDO HAN GANG PARK

Dekat Dangsan Station tu kitorang nak tukar subway ikut plan asal tapi nampak exit yang tulis Youido Han Gang Park and we were like, "Hey..sini boleh sampai Youido jugak la.. sini je la." So, kami pun bla la keluar daripada subway.

Tapi hikmahnya kitorang jumpa satu kedai buah murah, strawberry dia 2,000 won je. Selama ni aku jumpa strawberry paling murah pun 3,000 won dekat area CBNU. Tapi tak sempat pulak nak ambik gambar.

Back to cerita park ni, aku tak sarankan, langsung tak sarankan u ols turun kat stesen ni untuk ke Youido Park kalau korang berniat untuk ke Youido Park. Haaa.. Pening kan ayat dia. Actually direction kat Dangsan Station tu tak tipu. tapi Youido Park ni luas. Bukan macam Taman Tengku Anis kat Kota Bharu, bukan macam Taman Tasik Titiwangsa atau Taman Astakona dekat rumah Bahirah. Dia panjang.

Akibatnya, aku ngan Yuni jalan jauh giler sampai kat area highway tapi still lagi tepi sungai. Aku macam, "dah kat mana ni.. tak nampak rupa park pun.."








Aku yakin bangunan kat bawah ni yang dalam citer City Hunter episod 3 (kot) ke 4? Ahh.. Tapi macam sama.. 



Menapak la kitorang mencari next subway station sebab dah nak balik ke Express Bus Terminal.





Finally jumpa stesen subway kat National Assembly Station.




SEOUL EXPRESS BUS TERMINAL

Trip bajet kali ni dah sampai ke penghujungnya.. Si Ayuni ni duk sedih nak berpisah katanya sebab kat Kongju tu dia sorang je student UM. tapi takpe, dia ramai international friend kat sana..

Sedih la konon..

Tempat aku lagi dekat, tapi harga lagi mahal.

Tengah beratur nak beli tiket.
Kami sampai dengan selamatnya di universiti dan dorm masing-masing malam tu. Maka, tamat sudah cerita Seoul aku.

Its like ridiculous, kau pergi, pergi pergi. 6 tempat sehari dan 12 tempat dalam 2 hari tu bagi aku dah perghh giler dah. Kitorang berjalan ibarat non stop. Berhenti dalam subway, kalau makan dan dekat masjid je. Kalau dapat partner yang sikit2 tak larat, sikit2 duk tanya jauh lagi ke tak memang serabut. Rasa nak lempang je. Tapi si Ayuni ni lasak jugak. Jalan jauh mana pun tak merungut. Aku wow jugak aa dengan dia. Seronok dapat partner yang sekepala bab berjalan.

Travel sorang bosan dan sunyi. Travel berdua, its perfect! Kalau lebih, banyak orang ni banyak kepala.. Serabut pulak. Hahaha.

Duit aku untuk 2 hari ni terbang sebanyak 76,120 won a.k.a RM 250 campur dengan topup T-Money Card semua dah ni. Lebih kurang aa perbelanjaan untuk 2 hari. List bawah ni lagi detail tapi aku tak include lagi satu top up T-Money 10,000 Won. Bila aku pikir-pikir balik, tambang subway tu pun dah dekat RM 60. Perghhh aaa... Tak terasa doe sebab lalu je scan, lalu je scan macam touch and go tu. Subway sekali naik 1,000 Won lebih atau dalam RM 4 ke RM 5 jugak la.



19/3
Taxi Fare
3,200



Bus Cheongju à Seoul Nambu
7,900



Inggeoppang
1,000



Aiskrim Turkey
3,000



Air Mineral
500



-




Lamb Kebab
7,000



Myeongdong Streets Food
6,000



Matcha Aiskrim
2,000



Midnight Foods
8,000
38,600
131.58
20/3
NIT Café Green Tea Latte
4,500



T-Money Reload
5,000



Rice Cracker
1,000



Kimbab 7-E @ Idae
800



Kimbab + Jajan @ Bus Terminal
1,900



Tuna Kimbab @ Bus Terminal
1,000



Bus Terminal Seoul à Cheongju
8,400



Taxi Fare
4,920
27,520
93.89

Dari kiri: Tarikh, Perkara, Harga, Jumlah dalam Won dan Jumlah dalam RM.

Sekian perkongsian aku. Harap aku punya post ni ada gunanya jugak dan membantu anyone banyak atau sikit. Mana yang baik, boleh la guna. Mana yang buruk menimpa diri aku dan Yuni, ambik pengajaran daripada pengalaman kitorang untuk menyinari masa depan trip korang.

Duit habis memang la banyak, tapi bagi aku travel bukan sesuatu yang membazir sebab pengalaman kau dapat tu. Satu proses membina diri. Jadi cerita dia aku kena diet duit. 3 bulan lagi oiiii nak survive kat Kkorea ni sebelum balik Malaysia.

P/s: Sekarang si Ayuni tengah plan nak hiking pulak mid spring ni. Semalam dia approach kitorang tanya nak join tak.

P/s/s: 21 Mei ni plan nak pergi Seoul lagi. Kali ni dengan partner CBNU aku dari UM dengan Sharon & Sabrina. Harap jadi la. Aku simpan Namsan Tower, Hanok Village & Gwanghwamun Palace untuk trip dengan diorang ni.

Comments

Popular posts from this blog

Temu Duga Penerbit Rancangan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tahun 2018

Kelih dialek Ganu nga Klate jak..

Budu Cap Ketereh