Cheongju Sandangsanseong Fortress

Mengikut plan semalam, hari ni kitorang, berempat (aku, Violet, Quang & Jing Hong) nak pergi Sangdangsanseong Fortress. Kitorang dah janji nak jumpa kat depan BTL Dormitory pukul 9. So, sebelum tu, aku buat martabak megi lagi. Kali ni dengan versi yang lebih bodo.






Aku nak study resepi lain pulak. Bosan dah aku hari2 makan murtabak megi~ Haha

Dari main gate CBNU, kitorang ambik taxi ke Sangdangsanseong sebab tak sure bas sampai tak sana and bas no berapa kalau sampai pun sebab bila aku tanya Ju Hee pun dia cakap tak mudah nak pergi sana dengan bas. Jadi we ols pun ambik la teksi.





Tempoh perjalanan dalam lebih kurang 15 ke 20 minit dengan tambang 10,300 Won. So, kalau bahagi 4 tu jatuh 2,600 Won gitu la sorang.






































 Aku suka pemandangan nature kat tempat tinggi tapi nak boleh sampai atas tu nak kena hiking... Urghhhhh.. tu yang aku tak larat~~ Gua mudah sempot bab-bab hiking ni. Kalau la gunung ganang tu ada lif. Atau kalau kaya terlajak, naik heli, landing atas puncak terus.

So, aku ngan Violet, dua2 Malaysian yang cannot bab2 macam ni. Haha. Kitorang melepak je kat depan gate. Quang dengan Jing Hong dah ke mana dah panjat kubu tu.








Function jugak akhirnya bendera Kelantan aku.





 Suka betul tengok budak yang duk kejar bola tu. Dari sampai hingga la balik, duk kejar bola je kerja dia. Dah la suara kuat. pipi merah. Haha. Aku ngan Violet duk perhati je budak ni. Comel sangat.
Bagus la picnic tempat macam ni. Dengan cuaca camni. Kat Malaysia jangan harap nak duduk2 macam ni pukul 11 ke 12 macam sekarang (waktu video dirakam) ni. Haha. Iklim berbeza!

Sini jugak diorang buat filming sites untuk 3 movie/drama tu.


Ice cream pun comel!


Dah nak balik dari Sangdangsanseong, kitorang tunggu bas kat sini untuk ke Jinhasang-ga.



Kat Jinhasang-ga, kitorang pergi melawat bunga2 Sakura a.k.a Cherry Blossom yang tengah mekar sepanjang jalan.














 






Untuk dapatkan shoot bunga Sakura jarak dekat, aku jolok je dengan monopod aku. Kalau tak, tak sampai la u ols...


Sebenarnya kitorang plan nak pergi Cheongju National Museum, tapi tiba2 hujan.. Hmmm... Cerita dia, I ols beli cotton candy la.... Then kitorang balik.

Makan cotton candy yang berharga 2,000 Won~ harga dalam RM? darab la 3.
Takpe la sebab aku dah terliur. Tak beli kang teringat2 macam sweater comel kat Myeongdong tu (walau dah 2 minggu berlalu sejak aku balik dari Seoul)

Takpe..lain kali pergi lagi sebab banyak tempat best kitorang jumpa masa balik dari Sangdangsanseong tadi. Chu~

P/s: Untuk info macamana nak pergi ke tempat ni boleh check it out kat SINI !

Comments

Popular posts from this blog

Temu Duga Penerbit Rancangan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tahun 2018

Kelih dialek Ganu nga Klate jak..

Budu Cap Ketereh