Serius Tak Percaya Aku Sampai Korea!
Sebagaimana tajuk di atas, macam tu lah aku sekarang.
Semuanya sebab aku join Student Exchange Programme universiti aku selama 1 semester katNorth South Korea. Bukan kejap duk sini tau, 4 bulan jugak. Aku ke Chungbuk National Universty (CBNU) dengan 5 orang member yang lain. #berjimbasambilbelajar #janganpontengsebabnibukanum
Kadang aku bengong, betul ke aku kat Korea sebab aku tak pernah terfikir pun sebelum ni. Aku bukan pengikut drama Korea, K-Pop atau Runningman. Aku hanyalah insan biasa yang marhaen. Follow Exo dan FT Island je.......sikitttt..
Memang la reaksi aku yang kau akan nampak kat aku hanyalah,
"Ohh...dah sampai Korea? Okay. *pakai headphone*"
Tapi sebenarnya,
"My goat! Aku dah sampai Korea? Korea weh Korea! For real !! Macamana dia punya sejuk. Salji ada salji? Ada lagi ni. Nanti aku nak pegi sini,sini,sini *maka aku pun terus berhuhuhu dengan Google Maps*"
Well.. taknak la obvious sangat perangai jakun tu. Simpan dan akan dilepaskan step by step dalam masa 4 bulan. Lek aa.. gua lama lagi kat sini bhai..
Sampai bilik, aku discover semua laci, suis even butang yang banyak2 kat jamban. Haaa.. Jamban kat sini banyak button, macam kat Jepun kata Mia. Tu yang seronok. Ni dorm kitorang, macam hotel nak. Mau nya mak tak jakun...
Gambar jamban yang banyak button tu Google sendiri aa. Takkan tu pun nak aku umbrella~~~
Bilik dia macam kat KK12 tapi tanpa toilet. Dorm ni toilet dalam bilik. Memang macam hotel. Nak study pun semangat. Takde la seram tengah2 malam membayangkan penanggal ke, kuntilanak ke, pocong ke sebab Korea ada ke semua tu...? Hantu Korea aku pun tak tau macamana so tak sempat nak seram. Lol~
Tapi atas ni (dorm BTL nama dia) hanya dorm sementara, esok kitorang kena blah dari sini sebab tak ambik blok dorm ni sebab sini dah ada makanan dan takleh masak. Yang lagi satu, walau tak semewah ni, boleh masak. Nanti aku payung dorm sebenar nanti.
Untuk mengisi 27 Februari yang takde aktiviti, aku discover la Chungbuk National University ni ikut peta yang dia bagi. Menarik jugak berjalan dalam cuaca sejuk sebab tak sepenat masa kat UM. Ni yang buat aku redho even kat sini takde motor. Cakap pun berasap2. Buat aku excited je dan sengaja menghembuskan nafas. Iklan double mint la konon....padahal nak tengok wap yang keluar.
Lepas tu kitorang keluar cari barang-barang sikit. CBNU ni walaupun 2 jam lebih dari Incheon Airport, dia dikelilingi bandar. kedai-kedai penuh siap ada jalan dua tingkat lagi dekat north gate. Mengingatkan aku kat UM. Ada jugak CBNU Hospital, museum ada 2, tasik walaupun tak sebesar UM.
Makanan hari pertama, kimchi, tteobokki dan ntah apa nama benda alah tu. bimbimbap ke?
dan harga kimchi satu barisan tu 1,500 won. memang aku makan tu je la. Yang lain 3,500 and 4,000. Sekali sekala boleh la. Jadi veggie la gua kat sini. Tapi makanan Korea kat sini lagi sedap dari kat Malaysia. Especially benda kobis yang pedas la jugak warna merah tu. Aku benci benda tu kat Malaysia tapi kat sini boleh masuk. Air tangan orang Korean kot.
Balik CBNU, jakun aa sikit. Takkan takde gambar nak payung kat ig....
Nampak je cuaca camtu, matahari memancar tapi suhu dia 8 darjah dan ke bawah. Sekarang, masa aku tengah type ni, suhu 0 darjah kat luar tu. Dalam bilik 20.3.. hahaha. Selamat!
Dah pandai pakai heater, boleh tido dengan aman la malam ni. Kalau tak, freezing habis semalam.
And, check it out...
Salji yee.. Kita tengok esok macamana~
Semuanya sebab aku join Student Exchange Programme universiti aku selama 1 semester kat
Kadang aku bengong, betul ke aku kat Korea sebab aku tak pernah terfikir pun sebelum ni. Aku bukan pengikut drama Korea, K-Pop atau Runningman. Aku hanyalah insan biasa yang marhaen. Follow Exo dan FT Island je.......sikitttt..
Memang la reaksi aku yang kau akan nampak kat aku hanyalah,
"Ohh...dah sampai Korea? Okay. *pakai headphone*"
Tapi sebenarnya,
"My goat! Aku dah sampai Korea? Korea weh Korea! For real !! Macamana dia punya sejuk. Salji ada salji? Ada lagi ni. Nanti aku nak pegi sini,sini,sini *maka aku pun terus berhuhuhu dengan Google Maps*"
Well.. taknak la obvious sangat perangai jakun tu. Simpan dan akan dilepaskan step by step dalam masa 4 bulan. Lek aa.. gua lama lagi kat sini bhai..
Sampai bilik, aku discover semua laci, suis even butang yang banyak2 kat jamban. Haaa.. Jamban kat sini banyak button, macam kat Jepun kata Mia. Tu yang seronok. Ni dorm kitorang, macam hotel nak. Mau nya mak tak jakun...
Pintu bilik. Nak masuk, scan card dulu kat yang hitam. Takde kunci2 ni. |
Koridor yang tak semeriah koridor Nine. Sebab takde orang sebenarnya. |
Mini laundry room. Yang tak mini aku tak jumpa lagi. |
Sama seperti di atas. Beza angle je. Photographer aku ni seni lebih sikit. |
Area pintu |
Bilik dia macam kat KK12 tapi tanpa toilet. Dorm ni toilet dalam bilik. Memang macam hotel. Nak study pun semangat. Takde la seram tengah2 malam membayangkan penanggal ke, kuntilanak ke, pocong ke sebab Korea ada ke semua tu...? Hantu Korea aku pun tak tau macamana so tak sempat nak seram. Lol~
Tapi atas ni (dorm BTL nama dia) hanya dorm sementara, esok kitorang kena blah dari sini sebab tak ambik blok dorm ni sebab sini dah ada makanan dan takleh masak. Yang lagi satu, walau tak semewah ni, boleh masak. Nanti aku payung dorm sebenar nanti.
Untuk mengisi 27 Februari yang takde aktiviti, aku discover la Chungbuk National University ni ikut peta yang dia bagi. Menarik jugak berjalan dalam cuaca sejuk sebab tak sepenat masa kat UM. Ni yang buat aku redho even kat sini takde motor. Cakap pun berasap2. Buat aku excited je dan sengaja menghembuskan nafas. Iklan double mint la konon....padahal nak tengok wap yang keluar.
Lepas tu kitorang keluar cari barang-barang sikit. CBNU ni walaupun 2 jam lebih dari Incheon Airport, dia dikelilingi bandar. kedai-kedai penuh siap ada jalan dua tingkat lagi dekat north gate. Mengingatkan aku kat UM. Ada jugak CBNU Hospital, museum ada 2, tasik walaupun tak sebesar UM.
Makanan hari pertama, kimchi, tteobokki dan ntah apa nama benda alah tu. bimbimbap ke?
dan harga kimchi satu barisan tu 1,500 won. memang aku makan tu je la. Yang lain 3,500 and 4,000. Sekali sekala boleh la. Jadi veggie la gua kat sini. Tapi makanan Korea kat sini lagi sedap dari kat Malaysia. Especially benda kobis yang pedas la jugak warna merah tu. Aku benci benda tu kat Malaysia tapi kat sini boleh masuk. Air tangan orang Korean kot.
Balik CBNU, jakun aa sikit. Takkan takde gambar nak payung kat ig....
Nampak je cuaca camtu, matahari memancar tapi suhu dia 8 darjah dan ke bawah. Sekarang, masa aku tengah type ni, suhu 0 darjah kat luar tu. Dalam bilik 20.3.. hahaha. Selamat!
Dah pandai pakai heater, boleh tido dengan aman la malam ni. Kalau tak, freezing habis semalam.
And, check it out...
Salji yee.. Kita tengok esok macamana~
Comments
Post a Comment