Temuduga Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM
24 Mei 2014.. Pengalaman pertama temuduga..
Yaaaa.. boleh dikatakan yang pertama la sebab temuduga
pengawas dan temuduga kerja Pesta Buku dulu rasa cam tak perlu formal cenggini
(aku pakai jeans je pegi temuduga kerja Pesta Buku, Alhamdulillah dapat jugak)..
Dalam surat temuduga cakap interview bermula pukul 8.30 tapi
calon dinasihatkan mai pukul 8.00 untuk pendaftaran.. Aii..aku sampai pukul
7.45 dah ramai calon ngan ibu bapa. Ada yang dari Kelantan, ada dari
Terengganu, ada dari Pahang. Pokok kata, zon timur semua datang sini. Hotel
Raudhah, Kota Bharu Kelantan.
Most of them (yang aku jumpa la), bekas student matrikulasi
yang nak further study untuk course perubatan dan farmasi. Aku cam… wow! Mesti
result strong, kalau tak, tak leh interview UM.. Aku pulak sungguh terasa bukan
diri aku. Hilang identity bila pakai handbag ngan kasut bertumit. Di bahagian
kaki yang paling tak selesa cuz kasut tu ketat kat depan, belakang longgar.
Aaaa….
Nama aku antara yang pertama dipanggil dari dewan
pendaftaran untuk masuk ke bilik temuduga nombor 3 bagi fakulti Akademik
Pengajian Melayu/Sastera. Tapi sementara tunggu giliran tu, kami dikumpulkan
dalam bilik menunggu (bleh tengok tv u ols.. Citer Cinta Qaseh play time tu kat
TV 3). Agak suspen tapi aku wat lek wat pis je sebab aku dah study pasal course
Pengajian Antarabangsa dan Strategik ni.. Siap bukak balik buku Pengajian Am Penggal
3. Konfiden! Tu penting.. Boleh atau tak, tu rezeki la pulak…
Aku ketuk pintu sebelum masuk ke bilik temuduga (biasa la
tu), 2 interviewer lelaki kelihatan ramah menyambut aku (pagi2 fresh.. mood
interviewer pun good). Aku bagi salam (biar napok juruh sikit key) dan mereka
mempersilakan aku duduk. Aku bagi file sijil2 aku. Seorang penemuduga menyemak
sijil-sijil aku manakala seorang lagi bertanya soalan.
Soalan:
1. Can you introduce yourself??
(Nah! Belum apa2 gua dah kena skipping)
(Nah! Belum apa2 gua dah kena skipping)
2. Can you tell about your parents?
(silap aku, aku tak ingat citer detail pasal parents.. Pe’el hudoh key? Hehe.. Lupa)
(silap aku, aku tak ingat citer detail pasal parents.. Pe’el hudoh key? Hehe.. Lupa)
3. Do you have any brothers and sisters?
(Ni pun silap aku
sebab tak ingat cakap yang aku the only child sampai interviewer kena tanya balik)
4. Jadi kalau awak pergi university mak awak akan duduk
sorang lah??
(Tak jugak….)
5. Why do you choose University Malaya..?
(kena speaking
pulak…..)
6. Apa yang awak faham tentang kursus Pengajian Antarabangsa
dan Strategik?
(ekeke…. Harap la
jawapan aku mempersonakan)
7. Awak MUET Band berapa?
(Band 3. Dulu science stream masa SPM – jawab interviewer yang melihat sijil2 aku)
(Band 3. Dulu science stream masa SPM – jawab interviewer yang melihat sijil2 aku)
8. Ada apa-apa soalan?
(mengikut tips
yang aku pernah baca, bila intervierwer tanya canggini, interviewee digalakkan
untuk bertanya. Tanyo la gapo hok nok tanyo.. So, aku ambik peluang ni untuk
dapat markah lebih dengan bertanya tentang salah satu subjek yang akan saya
study bila ambik course Pengajian Antarabangsa dan Strategik.. Kan I dah print
out & study dia punya kertas, jadi apa yang I tak faham, I ambik peluang tu
untuk bertanya. Sebenarnya aku nak tanya pasal ‘Regionalisme Bandingan’ tu apa
tapi perkataan tu tak keluar so aku tanya pasal ‘Metodologi Penyelidikan dalam
Hubungan Antarabangsa’ )
Sebelum keluar dari bilik temuduga, aku mengucapkan terima
kasih dan memberi salam sebelum keluar
(biar napok juruh.. x teheynyo)
Temuduga secara individu. Masa yang diambil ada la dalam 10
minit.. Tak lama pun.. Pukul 9.20 tu aku dah on the way pegi makan tosei kat
kedai mamak dah…
Saje share pengalaman sebab aku tau someday ada junior yang
akan google pasal ‘Temuduga Universiti Malaya’ atau ‘Temuduga Pengajian
Antarabangsa dan Strategik’. Adakah anda salah seorang daripada yang saya
maksudkan???
(akak pun Google pengalaman senior2 jugak sebelum interview.. hehe)
(akak pun Google pengalaman senior2 jugak sebelum interview.. hehe)
Temuduga untuk Pengajian Antarabangsa dan Strategik bagi
kemasukan ke Universiti Malaya (1st choice dalam UPU) dah settle..
Harap sangat dapat!!
Dan post mortem akan dibuat supaya kesilapan yang sama dapat dielakkan untuk temuduga Undang-undang bagi kemasukan ke Universiti Kebangsaan Malaysia (4th choice dalam UPU) Khamis ni (29 Mei 2014)
Dan post mortem akan dibuat supaya kesilapan yang sama dapat dielakkan untuk temuduga Undang-undang bagi kemasukan ke Universiti Kebangsaan Malaysia (4th choice dalam UPU) Khamis ni (29 Mei 2014)
Salam Kak Fariha , nak tanya sikit heheh
ReplyDeletePointer stpm akak mesti 3.5 ke atas sebab tu akak dapat masuk UM ?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletekak maaf ganggu boleh tak kak beritahu after study pengajian antarabangsa dan strategik boleh kerja apa?
ReplyDeleteassalam akak.
ReplyDeletesaya ada mintak program ini. btw saya intake 2016/2017. tapi tak ada pulak temuduga. ke saya salah tengok??
sama laa
Delete