Keputusan Temu Duga Penerbit Rancangan B41 (calon simpanan)
Assalamualaikum and hai gais, Jumaat lepas (19 Oktober 2018) aku dapat emel dari bahagian pengambilan SPA and guess what? Result keluar awal. Patutnya keluar 29 Oktober 2018 (esok) keluar result iv untuk B41. Keputusannya? Definisi sebenar 'tergantung sepi'. Digantung namun tak bertali. Kohkohkoh. Bagi jawatan Penerbit Rancangan B41 ni, dia nak pakai 17 orang je, 60 lagi calon simpanan. Jumlah ni dipilih daripada 358 orang yang dipanggil temu duga dan jumlah itu telah ditapis daripada 29,684 orang yang memohon untuk jawatan ni. Tidakkah aku patut rasa bersyukur? Aku grad pun belum lagi masa interview ni. Pegi setelkan semua stage tapisan masa tengah study kat UM lagi. Skip kelas pegi ujian bakat (tapi aku bagi la copy emel SPA kat lecturer cakap tak pi). Masa dapat result ni aku tak tahu nak happy ke tak. Dia cam, "Oo.. Dapat simpanan ek?. Simpanan kan. Faham-fahamlah. Tak tahu bila dipanggil atau sempat dipanggil atau tidak. #sisredho Dua minggu sebelum resu...