Posts

Showing posts from February, 2016

My First Snow!

Image
Ramalan cakap salji nak turun, dari awal bangun pagi lagi aku tengok tingkap. Nak tido pun tengok tingkap semalam, tapi takde~ Jam Daiso aku pulak rosak. Daiso sini aku tak jumpa lagi kat mana.. Aigooo.. Dalam pukul 12.30 kitorang keluar, masa tu hujan renyai2,  pegi makan kat kedai semalam. Menu sama je, cuma tukang order je yang bertukar. So, takde gambar untuk dipayung. Hari ni aku makan Bibimbab and masa makan tu teringat pulak aku masa aku, Nia, Hanum ngan Nini buka puasa kat Myeongdong yang dekat KB Mall hampir 3 tahun lepas (kitorang tingkatan 6 atas masa tu), masa tu masa tu order segala bagai makanan Korea yang aku tak tau nama. Dalam 4 orang tu, tak silap aku sorang je yang makan guna chopstick dan makanan aku habis. Diorang semua tak habis. Aku pun gelak dan cakap kat diorang, "aku soghe jah hok layok gi Korea" (aku sorang je yang layak pergi Korea) dan sekarang?? Senyum sorang aku bila ingat balik. Tak sangka pun dalam hidup aku ni dah ada tertulis yang a...

Serius Tak Percaya Aku Sampai Korea!

Image
Sebagaimana tajuk di atas, macam tu lah aku sekarang. Semuanya sebab aku join Student Exchange Programme universiti aku selama 1 semester kat North South Korea. Bukan kejap duk sini tau, 4 bulan jugak. Aku ke Chungbuk National Universty (CBNU) dengan 5 orang member yang lain. #berjimbasambilbelajar #janganpontengsebabnibukanum Kadang aku bengong, betul ke aku kat Korea sebab aku tak pernah terfikir pun sebelum ni. Aku bukan pengikut drama Korea, K-Pop atau Runningman. Aku hanyalah insan biasa yang marhaen. Follow Exo dan FT Island je.......sikitttt.. Memang la reaksi aku yang kau akan nampak kat aku hanyalah, "Ohh...dah sampai Korea? Okay. *pakai headphone*" Tapi sebenarnya, "My goat! Aku dah sampai Korea? Korea weh Korea! For real !! Macamana dia punya sejuk. Salji ada salji? Ada lagi ni. Nanti aku nak pegi sini,sini,sini *maka aku pun terus berhuhuhu dengan Google Maps*" Well.. taknak la obvious sangat perangai jakun tu. Simpan dan akan dilepas...