Keputusan Temu Duga Penerbit Rancangan B41 (calon simpanan)

Assalamualaikum and hai gais,

Jumaat lepas (19 Oktober 2018) aku dapat emel dari bahagian pengambilan SPA and guess what? Result keluar awal. Patutnya keluar 29 Oktober 2018 (esok) keluar result iv untuk B41.

Keputusannya?

Definisi sebenar 'tergantung sepi'. Digantung namun tak bertali. Kohkohkoh.
Bagi jawatan Penerbit Rancangan B41 ni, dia nak pakai 17 orang je, 60 lagi calon simpanan. Jumlah ni dipilih daripada 358 orang yang dipanggil temu duga dan jumlah itu telah ditapis daripada 29,684 orang yang memohon untuk jawatan ni. Tidakkah aku patut rasa bersyukur?

Aku grad pun belum lagi masa interview ni. Pegi setelkan semua stage tapisan masa tengah study kat UM lagi. Skip kelas pegi ujian bakat (tapi aku bagi la copy emel SPA kat lecturer cakap tak pi). Masa dapat result ni aku tak tahu nak happy ke tak. Dia cam, "Oo.. Dapat simpanan ek?. Simpanan kan. Faham-fahamlah. Tak tahu bila dipanggil atau sempat dipanggil atau tidak. #sisredho

Dua minggu sebelum result ni keluar, ada pegawai SPA call mintak emel skrol ijazah sarjana muda, tapi masa tu tak konvo lagi. Skrol pun tak boleh ambik lagi. Makanya, tak boleh bagi lagi. Ingat sempat bagi sebelum result keluar (sebab konvo 23 Oktober). Tup tup keluar awal pulak result.

Takpe la. Nanti aku emel.. Kita tengok macam mana, ada rezeki kerja government ke acano?

Setiap orang ada kisah, ujian dan dugaan masing2 di sebalik semua ni. Aku rasa ujian aku untuk dapat result as simpanan ni (walaupunnn...) boleh tahan menyakitkan jiwa dah. Hahaha. Tapi orang lain pun ada ujian dia yang mungkin lebih hebat dari aku. Takpe la. Ada rezeki, dipanggil la. Kalau tak, aku nak buat lesen lori jadi driver lori je. Gaji masyuk, boleh travel selalu. Jadi akak lori la lepas ni. Ramai je orang yang ada degree bawak lori jaman now.

Comments

  1. Assalamualaikum. Tumpang tanya, hari tu temuduga jawatan Penerbit Rancangan B29 jugak, kan? Dah dapat keputusan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. Dah dapat keputusan . Untuk B29 saya tak dapat . Huhu. Tapi B41 saya dapat simpanan lantikan.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Boleh taw...dh diserap masuk ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kelih dialek Ganu nga Klate jak..

KEPUTUSAN SPM (PART VIDEO)

Budu Cap Ketereh