Menjelang Temu Duga

Assalamualaikum gais.

Sila abaikan tajuk yang poyo tak poyo tu tapi fokuslah kat aku yang nervous ni. Minggu depan aku ada temu duga untuk satu jawatan ni. Aku tak nak cakap lagi jawatan apa, takut nanti ada yang google 'temu duga tutttt... (nama jawatan tu)' atau 'tutttt... ' dan mungkin juga 'tips temu duga tuttt... ' serta berangkali 'soalan temu duga tuttt... ' (macam apa yang aku selalu buat) akan jumpa entry blog yang ni. Akibatnya mereka akan frust menonggeng sebab nanti apa yang mereka baca di entry ni hanyalah tulisan aku yang merapu tanpa sebarang input. Memang aku takde nak letak input sangat kat sini. Just nak brief secara umum perjalanan untuk aku sampai ke minggu depan iaitu hari temu duga.

Apa sebenarnya jawatan yang aku tuttt kan kat atas tadi? Haaa... Nanti sampai masanya aku bagitau. Buat masa sekarang aku nak stay low, stay di & stay tistik. (Apakah?)

Perjalanan untuk ke tahap ni sebenarnya panjang. Bermula dengan pengisian permohonan hingga ke temu duga,  ada 4 peringkat semuanya. Secara ringkasnya melibatkan ujian online & psikometrik, ujian bakat, ujian bertulis & terjemahan serta akhir sekali temu duga. Aku tak kira la stage permulaan proses permohonan tu ekk. So, roughly ada 4 stage yang bermula sejak Januari. InsyaAllah by penghujung Oktober, penantian kami yang mana telah sampai sejauh ini akan berakhir.

Tbh (lagi..) aku tak sangka aku akan sampai ke tahap ke-4 ni yakni tahap terakhir. Aku bersaing bukan dengan calang2 orang. Mereka yang berpengalaman dalam pelbagai bidang, pengalaman bertahun-tahun hingga menjangkau sepuluh tahun, mereka yang memang dah ada nama dalam bidang tettt.. (rahsia sehingga tiba masanya) , bakat mereka memang terserlah, idola aku pun ada lalui benda yang sama, which is keempat-empat stage ni. Sejujurnya aku rasa kerdil. Ya Allah.. Aku ni fresh grads from oven UM brosis sekalian. Konvo pun belum lagi. Masa aku buat stage pertama sampai ketiga tu aku kat semester akhir. Justeru, mana mungkin gue nggak bilang wow!! Haruslah gue bilang wow gitu karena bisa berada pada tahap ini! Secara ringkasnya aku bersyukur plus tak sangka. Tak part bersyukur tu aku cuba lebihkan la. Kasi up lagi supaya menjadi hamba yang tahu bersyukur.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti bintang, akhirnya minggu depan aku bakal berdepan dengan penilaian tahap keempat. Haaa.. Lagi satu yang buat aku bersyukur ialah, walaupun aku lulus kedua-dua gred untuk ujian sebelum ni, temuduga aku dijalankan pada hari dan waktu yang sama untuk kedua-dua gred. Hal ini bermakna,  aku tak perlu menapak ke ibu negara dari ibu negeri serambi Mekah ini berkali-kali (kalau ada pun untuk urusan konvo). One shot, one kill bak kata Leslie, (budak2 ML paham) kira sekali jalan je untuk dua2 gred.

Aku? Ya Allah diknon.. Aku duk menanam anggur imaginasi aku ni sejak habis final exam hari tu untuk bersedia dengan temu duga ni la. Aku berusaha menyediakan diri daripada aspek fizikal,  mental dan spiritual aku untuk temu duga ni. Rasanya segala pelusuk laman yang sembang pasal tips temu duga aku dah selongkar. Termasuklah di media sosial. Segala info,  segala komen netizen, perkongsian ahli group aku ambik. Artikel, berita, buku semua aku baca secara lisan sampai dengar suara sebab nak mengatasi masalah mumbling dan cakap laju aku. Ya.. Kadang-kadang (selalu jugak sebenarnya) terasa otak aku bergerak lebih laju sampai mulut tak boleh catch up perkataan sebijik-sebijik bila bercakap. Masalah ni yang aku nak atasi. (Menggunakan beberapa ilmu teater dulu)

Kenapa risau sangat? Hal ini kerana temu duga ni merupakan YANG PERTAMA dalam hidup aku. Pertama yang formal dan untuk cari kerja (kalau zaman sekolah ngan zaman uni tu banyak). Nah! Sebab itu la aku sangat perlu untuk aku all out bebeh! Tambahan lagi, bidang ni mak minat sangat sangat sangat noks. Kerana aku sedar titik kelemahan aku adalah pengalaman tidak seluas orang lain,  maka aku harus tukarkan kelemahan itu menjadi kekuatan. Gituuu *mata berapi penuh keazaman*

Nampak senangkan flow aku tu? Isi permohonan, dapat stage 1, stage 2 lulus,  stage 3 pun dapat dua2 gred hingga ke temu duga perlu hadir satu hari je untuk kedua-dua gred sedangkan aku fresh grads. Orang lain yang berpengalaman ada yang sudah kecundang, yang memohon bertahun-tahun tak mudah sampai ke peringkat akhir (mungkin rezeki mereka lebih luas ada di tempat lain). Oleh kerana itu, sebelum syaitan laknatullah mula menyemai biji benih buruk sangka dalam diri korang, aku ingin tekankan di sini. Perjalanan aku ini tidaklah seindah yang kau sangka.

Alhamdulillah, dari segi hal menuju ke jawatan tuttt.. segalanya lancar Alhamdulillah setakat ini dengan bantuan Allah. Namun ujian disebaliknya, hanya Allah juga yang tahu. Dia sahaja yang tahu betapa sempitnya kehidupan kami dan kekangan untuk mempersiapkan semua sebelum ke medan temu duga. Hikmah disebaliknya juga sebenarnya membuka mata aku, Alhamdulillah aku bersyukur dikelilingi mereka yang sentiasa membantu. (You know who you are. Just in case korang terbaca post ni). Semoga kalian sentiasa dirahmati, diberkati dan dibuka seluas-luasnya pintu rezeki.

Sejujurnya, sejak sebulan sebelum tarikh temu duga aku sudah terasa bahangnya, gementar rasa menyemai getaran di jiwa. Perghh! Puitis doe malam2 buta ni. Tapi serious, I'm kind of nervous. Lagi dalam aku study, tambah banyak soalan melingkari. Benar aku harus kuatkan kepercayaan kepada Allah kerana sungguh aku berharap aku dapat jawatan ni. Inilah minat aku, inilah passion aku. Haaaaaaarapan setinggi gunung *singing*

Akhir kata, aku sedar.
Kalau bercakap pasal bakat, semua yang lulus sampai peringkat ni pasti ada bakat.
Jika mengukur pengalaman? Pasti ramai yang berpengalaman (sedangkan fresh grads sekalipun ada pengalamannya dari aktiviti di universiti).
Bagaimana dengan usaha dan persediaaan? Aku yakin semua yang ada sudah berusaha sebaik mungkin. Mana mungkin nak buat loklaq jaa.. Jauh dah perjalanan ni.
Kalau ingin berbicara tentang doa, solat hajat dan sebagainya. Mesti sudah ramai yang bersedia dari aspek rohani dan spiritual seperti ini mengikut agama dan kepercayaan masing-masing.
Jadi apa yang tinggal?
Usaha sudah, doa sudah apa yang tinggal adalah tawakkal bagi mereka yang beragama Islam. Yakin lah dengan Allah, andai ada rezeki, pasti ia akan menjadi milik kita. Rezeki tak pernah salah alamat beb. Yakin pada ayat tu!

Ini adalah asas yang perlu ada untuk kekal positif. Seriously, dalam dunia yang maya, prejudis dan bias, kita tak terlepas dari terkena tempias. Rimas ditindas sembunyi dalam puisi dan kias, tidak terbidas, tak berpaling walau sekilas ini, banyak sangat negativiti. Jangan biar sampai diri hanyut dalam tenaga negatif tu weh. Takut lemas nanti. Berbalik pada hal temu duga aku, masa berbaki 1 minggu untuk aku terus berusaha. InsyaAllah, aku harap nervous ni baik untuk aku dan membantu aku all out dalam bilik temu duga nanti.

Nanti sampai masa aku bagitahu eh apa jawatannya. Terima kasih kerana membaca. Mana yang baik, ambiklah iktibar,  mana yang buruk abaikan je lah. Kalau nak gambar,  entry aku memang takde gambar kalau aku update pakai apps blog on the go. Kalau pakai laptop baru boleh letak gambar.

Huh! Dah berapa perenggan dah lepas aku punya akhir kata tadi. Ok.. Ok.. Kali ni betul2 dah habis.

P/s : Kisah weight loss aku untuk 2nd month takde modal nak tulis lagi sebab aku tak timbang. Tapi nampak gaya tak sempat pegi interview minggu depan dengan berat kepala 6. Hatta 69.99kg sekalipun *cry*

Comments

Popular posts from this blog

Kelih dialek Ganu nga Klate jak..

KEPUTUSAN SPM (PART VIDEO)

Budu Cap Ketereh